kalau dah namanya org TEMERLOH..... ape
lagi nak diperkatakan..kalau bukan tentang kehebatan dan kesedapan IKAN PATIN
MASAK TEMPOYAK.. hahaaa..... kalau x percaya, pergi laa kemana sahaja kedai
makan tengah hari kat @temerloh niii haa.... sure ada patin masak tempoyak.....
nyummm nyuuummmmm....... dan kalau anak2 dara , makcik2, wan2, nenek2 kat daerah nii x
pandai masak ikan patin maknanya elok jgn duduk kat temerloh laa...huhuu.....
buat rodong2 dari luar temerloh, nak
resepi....kalau nak laa....hehee..
·
seekor ikan patin (eloknya ikan patin
sangkar sebab murah..hahaa) ikan disiang dan digaulkan dengan perahan limau
nipis untuk hilangkan hanyir.
·
2 ulas kunyit hidup (bukan serbuk
kunyit yakk)
·
6 biji bawang kecil.
·
segenggam kecil cili padi (bergantung
pada suka pedas mana ya) kome kat umh mmg gile pedas, so...huhu
·
2 ke 3 senduk tempoyak yang x masam sgt
(baru kick)
·
1 ikat daun kesum
·
2 ikat bunga kantan
·
daun kunyit
·
sedikit asam keping
·
air
·
garam secukup rasa
kunyit hidup , bawang kecil n cili padi
ditumbuk halussss..... then gaulkan dgn tempoyak..
masukkan kedalam periuk yang berisi
air..isi asam keping dan garam....kacau dan biarkan mendidih...
dah agak2 mendidih tu, masukkan ikan
yang dibersihkan dgn perahan limau nipis tadi, taruk bunga kantan, daun kesum
dan daun kunyit.... biar ikan masak..jgn kacau, nanti hancur lebur ikan tuuu...
tapi, kebanyakan mmber2 dari luar
pahang nii yg aku kenal msa study kat KEDAH aritu, aku tanya diorg x suka, x
gemor, x reti makan ikan patin nii..sebab masak tempoyak...sebab, x makan ikan
sungai...huhuuu.... rugi sgt uollss......
SELAMAT MENJAMU MATA........